Monday, July 12, 2010

Pusat P&P Pendidikan Hijau KMPh

Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Hijau merupakan sebahagian perancangan pembangunan Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) sebagai Peneraju Kecemerlangan dalam kalangan kolej-kolej matrikulasi di Malaysia. Lokasi projek terletak di kawasan Rimba Rekreasi, Pusat Kokurikulum KMPh. Kewujudan Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Hijau akan membolehkan pihak kolej dapat menonjolkan imej sebagai pusat kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran yang bukan sahaja berdasarkan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dewan kuliah, bilik tutoran, makmal malah di luar bilik darjah dan berlangsung dalam persekitaran semula jadi.

Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Hijau akan berperanan sebagai pusat konservasi yang boleh menjadi sumber rujukan kepada pelajar di Kolej Matrikulasi Pahang serta Bahagian Matrikulasi amnya. Pusat ini akan menyediakan tapak kepada para pelajar dan pensyarah bagi menjalankan penyelidikan flora dan fauna. Kewujudan pusat ini akan menjadi pelengkap kepada sistem pembelajaran abad ke-21 yang mana pembelajaran secara maya diperkukuhkan manakala pembelajaran secara semulajadi ditingkatkan.

Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Hijau ini juga diyakini dapat menjadi produk pelancongan pendidikan sekaligus meningkatkan imej kolej sebagai pusat percambahan ilmu.


En. Shamsherbie bin Narudin, Pengarah KMPh


En. Zaidi bin Yazid, Tiimbalan Pengarah KMPh


Pengarah KMPh dan En. Mohd Azeli bin Abdul Latif, Ketua Unit Kokurikulum semasa upacara menanam pokok pada 13 Mei 2010 sempena Minggu Pengurusan Pelajar Baru Sesi 2010/2011


Pengarah KMPh dan En. Mohamad Salleh bin Ahmad, Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar bersedia untuk melepaskan ikan ke Tasik KMPh.


Pengarah KMPh, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit bergambar kenangan bersama-sama pelajar baru.


Pihak pengurusan KMPh turut serta melawat sekitar kawasan Pusat P&P Pendidikan Hijau walaupun keadaan tanah yang becak


Pengarah KMPh sedang memberikan beberapa pandangan mengenai projek yang akan dibangunkan.


KMPh sebagai peneraju kecemerlangan Pusat P&P Pendidikan Hijau di Malaysia


No comments:

Post a Comment